Marie Kondo merupakan seorang professional konsultan yang terkenal dengan teknik “Konmari” dan juga seorang penulis buku.

“Banyaknya baju nak lipaaat”

Oh My God. Dah macam gunung Everest aku tengok baju-baju ni!”

Malasnya nak lipat baju. huhuhu”

Ada tak sapa-sapa yang boleh tolong lipat ni. Tak larat!”

Dari tadi aku dok ngadap kain-kain ni. Bila la nak siap”

Done update status kat Facebook. Ada-ada je kan status upload kat Facebook pasal lipat baju. Aku dok perati je. Pasti korang ada masalah ni kan. Punyala susah nak lipat baju. Ada lagi yang cakap, antara cuci pakaian dan lipat pakaian, lebih suka cuci pakaian. Antara cuci pinggan mangkuk dengan melipat pakaian, suka lagi cuci pinggan mangkuk periok.

Aku tak terlepas wei. Aku pun ada masalah ni. DULU. Sekarang tak lagi. Dulu sampai berminggu-minggu aku biarkan pakaian tak terlipat. Aku cuci baju tak la tiap-tiap hari. Pasai aku takda anak, aku dok ngan laki aku je. Itupun pemalas Nauzubillahiminzalik. Kalo ada anak, aku tak tau la camne.

Nak dijadikan cerita, macamana aku boleh ubah habit dari pemalas tahap petala langit tujuh ke tahap rajin macam semut hitam, aku buat satu sistem. Korang boleh ikut sistem ni, atau korang boleh adjust ikut korang nyer keselesaan. Aku nyer sistem ni aku rasa selesa dan berkesan setiap kali aku buat.

Korang mesti kenal Marie Kondo kan. Alaaa…minah Jepun yang pemos amos ngan teknik Konmari tu. Aku tak tengok pun show dia. Tapi aku salu baca pasal dia. Aku kadang-kadang baca artikel dan terjumpa gak la seketol 2 bideo pasal dia. Jadi, aku ambik semangat dia. Aku rasa terinspirasi nak buat gitu gak.

Kadang-kadang sikap rajin malas ni kan, dipengaruhi oleh pasangan ko jugak kan. Kalo pasangan ko seorang yang suka kekemasan, dan tolong ko buat kerja-kerja rumah, itu mempengaruhi ko jugak. Laki aku ni, bukan nak puji sangat la. Tapi disebabkan beliau jugakla aku boleh berubah. Beliau seorang yang rajin mengemas. Tiap petang balik dari kerja, dia akan sapu rumah dan mop lantai. Kalau dia tak letih sangat, dia akan masak makan malam kitaorang.

Ko seorang bini, tak kan la nak tengok je kan laki ko buat suma tu. Sedikit sebanyak ko akan terasa nak mengemas jugak. Aku pi la dapor kemas apa yang patut. Gi cuci pakaian. Tolong dia memasak.

Then satu hari laki aku ni, dia kata dia nak ambik cuti satu hari untuk kami kemas pakaian kami. Dia nak kami asing-asingkan pakaian kami. Mana yang tak pakai lagi, asing kan yang elok dan tak elok. Yang elok, lipat bagus-bagus simpan dalam plastik hitam. Yang tak okay, buang. Konmari kan ajew!

Baju-baju yang dah siap diasingkan

Pastu, tinggalkan pakaian yang betul-betul pakai je. Marie Kondo cakap, tinggalkan barang yang spark joy. Kalo dah takde rasa joy tu, masok plastik hitam ler jawabnya.

Setengah hari beb. Nak kemas pakaian kami tu. Aku pun tak leh nak terima napa banyak nau pakaian yang tak dipakai lagi, aku masih simpan. Aku dah bazir banyak duit rupanya. Insaf macik. Baju-baju yang masih betul dipakai, aku lipat ekot jenis:

Kategori 1:

Baju tidur, baju jalan-jalan aku lipat elok-elok dan susun dalam satu baris. Aku lipat dan dirikan baju tu. Supaya senang aku nak ambik. Korang tengokla dari gambar.

Dari kiri ke kanan: Baju T jalan-jalan, baju T kegunaan harian, baju tido

Kategori 2:

Seluar jeans, seluar pi kerja, seluar tido dan skirt dalam satu baris. Aku guna carboard untuk asing-asingkan seluar jeans + seluar kerja, seluar tido, skirt. Kalo korang buat gini kan, korang dah set peraturan dalam kepala korang. Kalo lipat baju nanti, mesti ikut kategori.

Dari Kiri ke Kanan: Track suit, seluar Jeans, seluar kerja, seluar tido, skirt. Cardboard diletakkan untuk membezakan jenis.

Kategori 3:

Baju berbentuk cardigan, jaket, Baju kerja. Yang ni, korang guna penyangkut baju. Korang boleh letak dalam satu compartment. Korang boleh susun gini: Baju cardigan belah kiri/kanan. Terpulang dengan cara korang. Dan via versa.

Aku buat, belah kiri baju cardigan, blouse, jaket. Belah kanan baju pi kerja.

Dari Kiri ke Kanan: baju cardigan, blouse, jaket dan baju kerja.

Kategori 4:

Baju kurong, jubah, dress laboh. Yang ni aku asingkan lagi. Tak nak campur dengan baju-baju lain. Aku sangkut semuanya kat hanger. If korang takde almari pakaian yang besar, its ok. Maseh lagi boleh. Cuma korang kena tau macamna nak susun tu. Lepas ni baru kita cerita macamana nak lipat baju ikut sistem kategori ni.

Khas untuk baju kurong, jubah dan dress

Kategori 5:

Tudung bawal dan shawl. Tudung bawal aku lipat dan sangkut kat hanger tudung khas. Aku tak campurkan shawl dan tudung bawal. Shawl aku tak banyak, sebab aku suka guna bawal.

Puan Cha dengan koleksi tudung Kekaboonya berpisah teda.

Kelebihan Sistem Berkategori

“Napa perlu nak kategori bagai ni. Leceh la. Lipat je asal kemas.”

Yer korang betul. Janji kemas, dahla. Wat pe nak susah kan diri kan. Guys, inila cara untuk create a good habit. Nah terkuar gak bahasa omputeh. kihkih. Nak jadikan habit bagus ni, kena ada Mind Set yang Bersistem. Kalau korang tak nak set minda, sebab tu la korang akan rasa susaaaah sangat setiap kali nak melipat baju. Nak mesin melipat pakaian la.

Sedangkan, kalau kita jadikan habit bagus ni satu rutin, korang tak akan rasa susah pun. Lagi suka adala. Korang akan rasa bangga dan seronok tengok betapa sistematiknya cara korang lipat dan simpan baju.

Laki aku penah sindir aku. “Eleh tak sampai seminggu pun kemas tu. Tengokla” Sebab dia tau, aku ni sejenis yang hangat2 tahek manok. But I proved him wrong. Dah berbulan aku berjaya kekalkan sistem ni.

Aku lipat baju seminggu sekali jer pun. Hari Sabtu atau Hari Ahad. Menimbun gakla baju laki bini. Tapi sebelum aku mula melipat, aku buat gini:

  1. Aku tak peduli pasal handphone. HP ni la distraction yang maha hebat. Cikit2 nak hapdet. Alaa…letak la tepi dulu hp tu. Utamakan yang utama!
  2. Aku set masa. Let say, aku start 9 pagi, aku kena siap sebelom 9.20 pagi. 20 minit, mula.
  3. Aku asingkan baju laki aku dengan baju aku dulu.
  4. Masa aku asingkan tu, mana2 baju yang disangkut kat penyangkut baju, aku masukkan dalam bakul.
  5. Dalam masa yang sama gak, aku terus balikkan baju tu. Kan baju biasa terbalik masa kita cuci kan. Jadi masa aku asing-asingkan tu, aku terus betulkan.
  6. Lepas asingkan baju-baju, aku mula lipat.
  7. Nak lipat pun kena ada cara. Aku mula dari jumlah yang paling sikit. Baju laki aku. Mula dari yang besar macam seluar. Lepas tu baju, lepas tu boxer. Kalo baju kita yang pompuan ni, pun sama. Last sekali baru aku lipat tudung/shawl.
  8. Baju anak-anak pun korang buat gitu. Anak-anak yang dah besar cikit, boleh korang ajar. Ajar diorang untuk asing-asingkan pakaian diorang.
  9. Kalo boleh cara lipatan tu pun bagi saiz lipatan sederhana. Kita nak jimat ruang. Lipatan yang besar memakan ruang yang besar. Sebab tu almari besar pun tak boleh nak cukup.


Kelebihan set masa ni, korang akan lebih fokus. Korang ada time frame. Mesti siap sebelom masa ditetapkan. Bila salu buat gini, proses melipat kain akan jadi lebih cepat. Korang yang ada anak pun, sambil korang melipat tu korang perati la diorang tengah main ke apa. Proses tu akan jadi cepat lagi. Tapi kalo dah tengok sampai ke tahap bahaya, korang stop la kejap.

Bila dah siap melipat, bawak masuk bilik, susun ikut kategori tadi. Otometik guys, korang mesti nak susun elok-elok kalau korang dah set sistem cara menyimpan pakaian yang betul. Aku tak la cakap sistem aku perfek, tapi aku tau sangat aku ni spisis makhluk yang tak konsisten. Tapi bila aku perbetulkan kaedah yang paling asas, iaitu bermula dari cara menyusun pakaian dalam almari, kat situla aku perbetulkan habit aku melipat baju.

Sekarang aku dah tak lipat baju sebarang macam dulu lagi. Sekarang penoh sopan santun. Aku sampai bangga cakap kat laki aku, “Neeeh tengok. Maseh kemas baju-baju ayang”

So, korang dapat sesuatu? Whatever cara korang yang korang rasa terbaik untuk korang, korang buatla. Yang pentingkan konsisten.

Share jika anda rasa bermanfaat! πŸ™‚

Β©Cha Niki. 2019